Sunday, September 25, 2022

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di leher

Secara Rawak

PADAWAN: Seorang wanita warga asing ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dalam kejadian di sebuah bilik di MJC Batu Kawa, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa, 35, warga Indonesia ditemui mati dalam kejadian kira-kira jam 4.56 petang.

Menurutnya, mangsa ditemui oleh pengadu setelah dibawa oleh anak mangsa, berumur 3 ke 4 tahun ke lokasi kejadian.

“Semasa kejadian, anak mangsa, berumur antara 3 ke 4 tahun telah menangis-nangis dan apabila pengadu bertanya kepadanya, dia telah membawa pengadu ke atas rumahnya.

“Apabila pengadu telah masuk ke sebuah bilik mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak menyedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, terdapat luka besar di leher bahagian hadapan kerongkong mangsa disyaki daripada tikaman senjata tajam.

Tambahnya, tiada kesan pecah masuk di rumah lokasi kejadian.

Katanya, motif kejadian dipercayai disebabkan oleh cemburu atau samun.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru