Tuesday, August 16, 2022

Timbalan Presiden PKR: Saifuddin ucap tahniah kepada Rafizi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Calon timbalan presiden PKR  Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  mengucapkan tahniah kepada  Rafizi Ramli membayangkan bahawa beliau tewas di tangan pencabarnya itu walaupun keputusan rasmi belum lagi diumumkan.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau hanya diumumkan menang di Perlis dan Sabah setakat ini.

Rafizi dilaporkan mengatasi Saifuddin di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Sabah, Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Keputusan pemilihan untuk Sarawak belum lagi diumumkan.

Jelas Saifuddin, pihaknya menghormati keputusan anggota parti dan berharap agar soal menang atau kalah tidak akan menggugat perpaduan serta silaturahim dalam PKR.

“Sikap saya mudah dan jelas. Hormat keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jangan sesekali carikkan silaturahim,” katanya.

“Sentiasa jaga perpaduan sesama anggota parti. Insya-Allah, keadilan akan terus kuat,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru