Thursday, August 18, 2022

Majlis Daerah Gedong bakal ditubuhkan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Majlis Daerah Gedong dalam masa terdekat bagi memudahkan proses pembangunan kawasan tersebut

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia susulan Gedong kini berstatus daerah penuh.

“Selepas ini, kerajaan akan mewujudkan pusat pentadbiran di sini termasuk menubuhkan Majlis Daerah Gedong dengan melantik barisan pemimpin tempatan sebagai ahli majlis.

“Dengan adanya jentera seperti ini, mereka dapat membantu dalam merancang dan melaksanakansebarang aktiviti pembangunan di daerah ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Abang Johari yang juga Adun Gedong berkata demikian ppada Majlis Sambutan Mantar Gawai Peringkat Daerah Gedong 2022 di Dewan RTC Ulu Gedong, di sini malam tadi.

“Kerajaan akan memberikan peruntukan untuk tujuan tersebut kerana kita mahu membangunkan Gedong sama seperti Simunjan, Samarahan hingga ke Sebuyau melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA),” ujarnya.

Untuk rekod, kawasan Gedong yang dahulunya sebuah perkampungan kecil berstatus daerah penuh sejak 12 Disember 2022.

Penarafan tersebut juga dilengkapkan dengan menubuhkan pusat pentadbiran sendiri untuk perkhidmatan lebih positif dan berkesan termasuk menjadikan Gedong sebagai Pekan Satelit yang dapat mengubah corak hidup rakyatnya.

Selain Gedong, empat lagi kawasan iaitu Siburan, Sebuyau, Lingga, dan Pantu turut dinaik taraf sebagai daerah penuh dan Balai Ringin sebagai daerah kecil.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru