Sunday, June 26, 2022

Lelaki cabul kanak-kanak 6 tahun bertindak agresif

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun bertindak agresif ketika cuba ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, ketika itu suspek dikesan berada di kawasan kaki lima premis perniagaan di bandar ini.

“Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri,” katanya menerusi kenyataan media seperti dipetik TVS.

Jelasnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru