Tuesday, September 27, 2022

Jumlah deposit Tabung Haji mencecah RM88 bilion

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022 yang mencerminkan keyakinan umat Islam semakin kuat terhadap institusi pengurusan haji negara itu.

Jumlah deposit TH meningkat hampir 16% kepada RM88 bilion daripada RM75.92 bilion yang direkodkan pada 31 Dis 2020.

Menerusi Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24, TH menyasarkan jumlah deposit sebanyak RM100 bilion.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, peningkatan itu adalah sesuatu yang agak ketara dengan deposit bersih bulanan juga mencecah lebih RM1 bilion.

“Untuk rekod, TH mencatatkan deposit bersih sebanyak RM1.1 bilion bagi April 2022 iaitu antara deposit bersih bulanan tertinggi setakat ini. Ini menggambarkan keyakinan orang Islam di Malaysia terhadap TH,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru