Tuesday, August 16, 2022

1,155 kes, lima kematian Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 1,155 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan lima lagi kematian.

Ini menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan jumlah keseluruhan  4,503,734 kes.

Jumlah jangkitan itu adalah terendah sejak 4 Mei lalu atau 89 peratus lebih rendah berbanding dua minggu lalu.

Sebanyak 35,665 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak wabak itu melanda negara ini pada Mac 2020.

Jumlah kes baharu berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (520)
  • Kuala Lumpur (185)
  • Pulau Pinang (90)
  • Perak (81)
  • Johor (47)
  • Negeri Sembilan (42)
  • Sabah (39)
  • Kedah (34)
  • Melaka (34)
  • Putrajaya (29)
  • Sarawak (27)
  • Pahang (13)
  • Kelantan (5)
  • Perlis (4)
  • Terengganu (4)
  • Labuan (1)

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru