Sunday, June 26, 2022

Wartawan perlu ada etos, lapor berdasarkan fakta

Secara Rawak

KUCHING: Wartawan perlu mempunyai etos atau karakter yang boleh dipercayai, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya.

“Apabila melaporkan berita, wartawan hendaklah melaporkannya berdasarkan fakta, bukan berita palsu,” jelasnya.

“Itulah tip pertama yang penting untuk menjadi wartawan yang berjaya,” katanya dalam wawancara sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang disambut di Melaka pada hari ini.

Menurut beliau, wartawan sebenar hendaklah seorang yang dapat dipercayai, bukan diragui.

Katranya, selain itu, wartawan perlu menguasai kemahiran teknikal dan teknologi.

“Wartawan juga mesti mempunyai kemahiran menulis serta pandai menggunakan aplikasi atau perisian bagi memastikan penulisan berkesan.

Pada masa sama, mempunyai kemahiran berinteraksi untuk membentuk rangkaian sosial,” katanya lagi.

Jelasnya, media sosial kini turut menjadi salah satu sumber penting untuk mendapatkan bahan berita.

Menyentuh kehadiran Revolusi Industri 4.0., Dr Chamil berkata, aia membantu wartawan menghasilkan laporan dengan mudah.

Hawana 2022 akan menyaksikan 500 wartawan dan pengamal media berhimpun. Tema sambutan ialah ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara.’

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru