Friday, July 1, 2022

Ular di atas periuk nasi

Secara Rawak

MIRI: Seorang wanita berusia 44 tahun terkejut melihat seekor ular berada di atas periuk nasi di dapur rumahnya sebelum segera meminta pertolongan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.30 tengah hari Jumaat seterusnya mengerahkan anggotanya ke lokasi.

Lima anggota kemudian bergegas ke rumah pengadu di Grand Park 2 Jalan Telang Usan, Miri diketuai oleh Koperal (PA) Zoolihsan Sahari.

Setibanya di lokasi, Skuad Charlie terus berjumpa dengan pengadu perempuan dewasa seterusnya memaklumkan kehadiran ular berkenaan di atas periuk nasi.

Atas faktor keselamatan, pengadu terus menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri untuk meminta bantuan.

Skuad Charlie berjaya menangkap ular lidi sebesar jari kelingking sepanjang satu meter dan dilepaskan semula ke habitat asal.

Operasi ditamatkan sekitar jam 1.47 tengah hari.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru