Sunday, June 26, 2022

Telatah lucu empat lelaki dayung bot di travelator lapangan terbang

Secara Rawak

Sebuah klip video dikongsi di Twitter menunjukkan gelagat empat lelaki beraksi mendayung bot, menyebabkan netizen geli hati.

Video tersebut memaparksn empat sekawan, duduk di atas travelator atau tempat pejalan kaki bergerak di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Tanpa mengendahkan orang ramai yang melihat gelagat mereka, keempat-empat mereka duduk di travelator itu dan beraksi seperti sedang mendayung bot.

Orang ramai lalu-lalang geli hati melihat aksi lucu mereka.

https://twitter.com/i/status/1528070257709129729

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru