Sunday, June 26, 2022

Ramah Mesra Aidilfitri, Pra-Gawai Simunjan meriah

Secara Rawak

KUCHING: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pra-Gawai Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Simunjan di Dewan Mesra Simunjan semalam berlangsung meriah.

Lebih dua ribu pengunjung pelbagai suku kaum serta peringkat umur berbeza mewakili kampung dalam kawasan DUN berkenaan hadir menjaya sama majlis berkenaan.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri turut hadir sama.

Sekali gus, menyempurnakan perasmian majlis berkenaan.

Pelbagai acara sampingan dilangsung sepanjang perjalanan majlis berkenaaan.

Antaranya persembahan nyanyian lagu raya, tarian kebudayaan suku kaum iban selain persembahan khas dua wakil rakyat berkenaan, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri dan Adun N.25 Simunjan, Awla Dris dengan mendendangkan beberapa buah lagu.

Menariknya, masyarakat setempat yang datang berhimpun di majlis berkenaan turut berkessmpatan menikmati pelbagai makanan tradisional, kuih-muih yang menjadi kelaziman dihidang setiap kali lebaran mahupun Gawai Dayak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru