Sunday, June 26, 2022

Premier: Belawai dapat jadi Hawaii Sarawak

Secara Rawak

BELAWAI: Premier Sarawak bersetuju untuk meluluskan pembinaan tebingan di Pantai Belawai dalam usaha untuk merancakkan sektor pelancongan tempatan di sini.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin langkah itu mampu menjadi pemangkin aktiviti pelancongan di wilayah tengah Sarawak.

Beliau berkata, Belawai berpotensi menjadi ‘Hawaii Sarawak’ kerana kerajaan bersedia menyediakan prasarana pembangunan untuk menarik para pelancong.

“Saya meluluskan projek tebingan Belawai kerana percaya ia akan melengkapi kemudahan lain untuk menggalakkan industri pelancongan tempatan,” jelasnya.

“Ini akan menjadi tarikan untuk laluan dari Kuching hingga ke Miri menerusi jalan pesisir dan mereka boleh tinggal di sini semalam sebelum meneruskan perjalanan.

“Ini terutamanya untuk pelancongan waktu cuti sekolah,” katanya di satu majlis di sini pada Sabtu.

Untuk rekod, Pantai Belawai kini berdepan masalah hakisan tanah kira-kira 10 hingga 15 meter.

Adun Kuala Rajang menjelaskan, anggaran kos projek berkenaan ialah RM35 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru