Sunday, June 26, 2022

Pemilik dadah 21 tahun diberkas polis

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu ketika diserbu polis di belakang sebuah rumah di Kampung Jagoi, kira-kira 11.30 pagi, semalam, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek dicekup hasil serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yanh sedang melaksanakan rondaan dan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Suspek ketika serbuan tidak menyedari kehadiran polis sehingga pemeriksaan menjumpai sepeket plastik lut sinar berisi bahan kristal jernih disyaki syabu dianggarkan seberat 0.48 gram di atas meja kayu bilik berkenaan.

“Pemeriksaan awal saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau mengaku terlibat dengan pengambilan dadah akibat pengaruh kawan sejak beberapa tahun yang lalu.

Jelasnya, permohonan reman ke atas suspek akan dilaksanakan bagi membantu siasatan lanjut kes.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru