Friday, July 1, 2022

Pelbagai sumber kayakan S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Pindaan kepada beberapa RUU dalam Persidangan Dun Sarawak ke-19 memberikan implikasi besar kepada Sarawak khasnya dalam mempelbagaikan sumber pendapatan negeri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan, ia sebagai persediaan menghadapi sebarang perubahan pada masa depan.

“Kita tidak dapat menjangka perkara yang akan berlaku pada masa depan.

Contohnya, kemungkinan dalam lima hingga 15 tahun akan datang, sebuah satelit mikro akan dilancarkan yang mampu memancar gelombang spektrum di atmosfera.

“Oleh itu, ia akan menjadi satu potensi penjanaan pendapatan untuk negeri ini,” jelasnya pada Majlis Makan Malam Kelab Penyokong GPS di Hotel Raia.

Menyentuh pasaran karbon, katanya aktiviti penyimpanan karbon juga dapat dijalankan berikutan kesesuaian struktur geografi di Sarawak.

“Semua ini merupakan sumber pendapatan baharu yang kini dapat diterokai setelah kita mempunyai kuasa ke atas kawasan di dalam sempadan Sarawak sama ada di darat mahupun di udara,” tambahnya beliau lagi.

Kata Abang Johari, akan ada ordinan baharu berhubung masa depan Sarawak yang akan dibentangkan pada persidangan Dun akan datang.

“Namun, saya mahu mengkaji dan meneliti perkara ini dengan lebih terperinci sebelum persidangan Dun akan datang pada November,” katanya Hadir sama, Ketua Whip Dun GPS Datuk Ibrahim Baki,

Timbalan Premier Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan,

Datuk Seri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, serta Adun GPS yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru