Sunday, June 26, 2022

Lelaki sembunyi dalam selimut semasa dicari polis

Secara Rawak

MAINE: Lelaki yang mabuk ditangkap kerana menceroboh dan telatahnya yang melucukan mengundang gelak ketawa dari netizen media sosial.

Menurut laporan Jabatan Polis Belfast, mereka menerima aduan Admiral Ocean Inn sekitar 9 malam tentang seorang lelaki mabuk yang menimbulkan gangguan di premis tersebut.

Polis yang tiba di lokasi membawa suspek yang dikenali sebagai Philip Dulude, keluar dari premis tersebut dengan amaran agar tidak kembali ke situ dan mereka menangkapnya jika dia datang semula.

Sekitar 12:40 pagi, semasa polis melakukan rondaan di kawasan tersebut, mereka menemui lelaki bersembunyi di dalam selimut di kerusi di sekitar Admiral Ocean Inn.

Polis menarik selimut tersebut dan mendapati Dulude bersembunyi di bawahnya, menurut pihak berkuasa.

“Kami di Jabatan Polis Belfast, melihat beberapa cara licik untuk bersembunyi daripada polis,” jabatan itu menulis di Facebook, yang disertakan foto Dulude.

“Namun ini bukan salah satu daripadanya.”

Telatah lucu Dulude mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen, yang rata-ratanya geli hati dan terhibur.

Malah ada yang menyifatkan seperti watak dalam siri Scooby-Doo,” lapor Foxnews.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru