Sunday, June 26, 2022

Larangan eksport ayam: Kerajaan mesti tegas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan khususnya Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mesti tegas melaksanakan larangan mengeksport ayam bermula 1 Jun ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, larangan mengeksport 3.6 juta ayam sebulan ke luar negara sudah tentu mampu menstabilkan kembali harga ayam semasa dan menampung kekurangan bekalan ayam yang kritikal ketika ini.

“Jangan sesekali akur dengan desakan dan tekanan para pengeksport ayam demi kepentingan dan maslahah rakyat tempatan yang harus diutamakan.

“Pemain industri ayam hakikatnya masih mendapat manfaat daripada pasaran tempatan, yang menghadapi masalah kekurangan yang berterusan,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan keputusan Kabinet untuk melarang eksport ayam berikutan aduan pengguna mengenai kekurangan dan harga ayam yang tinggi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru