Sunday, June 26, 2022

Lapangan Terbang baharu Lawas

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah mula proses pengambilan tanah untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Lawas.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pampasan kepada pemilik tanah yang terbabit dengan projek berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak berterima kasih kepada Kementerian Pengangkutan kerana memberi sokongan kepada pembinaan lapangan terbang baharu di kawasan itu yang dilihat sebagai keperluan mendesak.

” Lapangan terbang baharu ini penting kerana yang sedia berdepan beberapa masalah termasuk sering dilanda banjir , selain tidak dapat menampung permintaan domestik,”katanya sambil menambah dalam tempoh setahun lalu, lapangan terbang itu telah dilanda banjir sebanyak tiga kali.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Bertemu Pelanggan dan Penutupan Majlis Bantuan Lesen Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini, pada Sabtu.

Disebabkan banjir berkenaan, penumpang terpaksa pergi ke Kota Kinabalu dan disebabkan ancaman pandemik, harga tiket juga begitu mahal, kata beliau.

“Bukan hanya tiket yang mahal, para penduduk di sini juga terpaksa membayar lebih untuk penginapan di hotel,” jelasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru