Sunday, June 26, 2022

Bunuh wanita, kambing jantan dihukum penjara tiga tahun

Secara Rawak

SUDAN: Sebuah mahkamah tempatan di Selatan Sudan mendapat perhatian ramai selepas menjatuhkan hukuman penjara terhadap kambing kerana menyebabkan kematian wanita.

Mahkamah juga mengarahkan pemiliknya, Duony Manyang Dhal memberi lima ekor kambing kepada keluarga mangsa.

Menurut Radio Sudan’s Eye, kambing jantan itu ditahan polis di Sudan Selatan awal bulan ini selepas ia menyerang Adhieu Chaping.

Ia dikatakan menanduk mangsa berulang kali, sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah.

Wanita berusia 45 tahun itu meninggal dunia serta-merta kerana kecederaannya.

Kambing tersebut ditahan polis dan dibawa ke balai polis Maleng Agok Payam.

Memetik laporan Ladbible kambing jantan itu menghabiskan masa tiga tahun di kem tentera di ibu pejabat Daerah Aduel di Negeri Tasik Sudan.

Mahkamah tempatan memutuskan pemilik kambing jantan itu, Duony Manyang Dhal, juga perlu menyerahkan lima ekor lembu kepada keluarga mangsa.

Selain itu, Dhal juga kemungkinan besar kehilangan kambing itu pada penghujung hukumannya kerana undang-undang adat di rantau ini menyatakan haiwan peliharaan yang membunuh seseorang akan diberikan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Ladbible juga melaporkan pemilik kambing jantan itu dan keluarga mangsa merupakan saudara dan jiran mangsa.

Kedua-dua keluarga itu menandatangani kontrak perjanjian.

Pihak polis dan ketua masyarakat bertindak sebagai saksi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru