Friday, July 1, 2022

ART dalam proses pembinaan

Secara Rawak

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) kini sedang dalam dalam proses pembinaannya, menurut Pengerusi Sarawak Metro, Tan Seri Datuk Amar Abdul Aziz  Datuk Husain.

Menurut beliau, pihaknya kini melantik perunding untuk memuktamadkan tender bekalan yang diperlukan secepat  mungkin.

“Ini sepatutnya dikeluarkan tidak lama lagi dan sepatutnya kami dapat mengumumkan syarikat yang akan menyediakan stok sedia ada.

“Dengan itu, kita boleh memulakan kerja pembinaan menjelang tahun depan,” katanya selepas menghadiri majlis  Berambeh Raya 2022, Sarawak Metro di Asajaya Ballroom, Hotel Grand Margherita.

Beliau berkata, stok bekalan pertama yang akan ada di sini menjelang 2023, hanyalah dikhaskan untuk penggunaan juruterbang sahaja.

“Kami perlu menjalankan projek kereta api ini sekurangkurangnya dua tahun sebelum ia boleh digunakan secara komersil.

“Kami menjangkakan bahawa operasi komersial pembinaanna akan bermula pada 2025 selepas semuanya selesai,” tambahnya lagi.

Sementara itu, menurut Wali Kota Majlis Perbandaran Kota Samarahan Datuk Peter Minos, beliau mendedahkan pihaknya mengadakan pertemuan dengan syarikat pengangkutan berkenaan mengenai persiapan yang akan dilakukan.

“Kami berbincang dengan mereka sebelum ini untjk menentukan stesen yang terbaik seperti pusat Hock Seng Lee, Unimas, Summer Mall dan Aiman Mall.

“Berdasarkan jumlah populasi masyarakat di kawasan ini yang memerlukan pengangkutan ART bagi mengelakkan kesesakakan lalu lintas,” katanya lagi.

Beliau telah menyuarakannya isu tersebut sejak kebelakangan ini dan berharap agar pihak berkuasa dapat membantu untuk mempercepatkan penyelesaian masalah lalu lintas di kawasan itu.

Beliau turut menambah telah bekerjasama dengan pihak polis sekiranya projek pembinaan ART dimulakan bagi tujuan pengawalan kesesakan lalu lintas yang berlaku.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru