Sunday, June 26, 2022

2,210 penerima bantuan ceria sambut Gawai

Secara Rawak

KAPIT: Seramai 2,210 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit menerima sumbangan Hari Gawai di Dewan Suarah Kapit pada Program Sejambak Kasih Gawai Kapit 2022, di sini semalam. Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Kapit Mohamad Amirullah Sulaiman berkata, pemberian sumbangan tunai kepada penerima berbangsa lban itu bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima yang akan menyambut Hari Gawai. “Sumbangan ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan ahli keluarga kurang berkemampuan,” katanya. Beliau berkata demikian mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah menyerahkan sumbangan daripada JKM kepada penerima bantuan. Selain bantuan JKM, turut diserahkan adalah kerusi roda, kad orang kelainan upaya dan Kad Emas Kenyalang (KGC). Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit Dariel Thiong Yew Seng memaklumkan, Program Sejambak Kasih Gawai itu merupakan acara tahunan JKM untuk meraikan penerima bantuan JKM, khususnya berbangsa Iban yang akan menyambut Hari Gawai minggu depan. Jelasnya, seramai 200 daripada 2,210 penerima berbangsa Iban di Kapit hadir untuk menerima sumbangan berupa hamper dan wang tunai pada program tersebut. Manakala bagi 2,010 penerima yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis itu, sumbangan akan dikreditkan ke akaun masingmasing. – Japen

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru