Sunday, June 26, 2022

150,000 pelawat kunjungi Muzium Budaya Borneo

Secara Rawak

KUCHING: Sejak Muzium Budaya Borneo di sini dibuka pada 9 Mac lalu, jumlah pelawat yang mengunjunginya adalah begitu menggalakkan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan antara tarikh berkenaan hingga 20 Mei lalu, sebanyak 150,000 penlawat telah mengunjungi (BCM).

Kata Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah lagi, jumlah pelawat tertinggi dalam sehari ialah 7,137 pada 16 Mei.

“BCM kini dilihat sebagai penanda aras untuk muzium di Malaysia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan DUN di sini pada Rabu.

“Rakyat Sarawak amat bangga kerana mempunyai muzium bertaraf dunia yang mempamerkan budaya dan sejarah mereka,” katanya lagi.

Kata Abdul Karim, antara pelawat yang pernah mengunjungi BCM ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan iskandar Al-Haj.

Juga, duta asing, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pelbagai institusi pendidikan, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan.

Beliau berkata, maklum balas tentang muzium itu adalah amat menggalakkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru