Friday, July 1, 2022

Lebuh raya melekit, lori bawa 250,000 telur terlibat kemalangan

Secara Rawak

DALLAS: Nahas jalan raya yang melibatkan sebuah lori 18 roda yang mengangkut lebih 250,000 biji telur, seberat 13,000 kilogram, di sebuah lebuh raya I-30 berdekatan Dallas menyebabkan lokasi itu kotor dan melekit lapor Timesnow.

Menurut pegawai dari Jabatan Pengangkutan Texas (TxDOT), tumpahan itu berlaku selepas trak tersebut merempuh tiang jambatan di Malcolm X Boulevard.

Rempuhan itu menyebabkan lori tersebut putus dua dan menghambur 30,000 paun telur di jalanan.

Ekoran jalan yang kotor dan melekit akibat ribuan telur itu, TxDOT terpaksa menutupnya untuk sementara bagi tujuan pembersihan.

Mereka juga memeriksa kemungkinan berlaku kebocoran bahan api dan kerosakan pada jambatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru