Tuesday, November 29, 2022

Kos sara hidup semakin tinggi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau berikutan beberapa kejadian banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Katanya, ketika menghadapi dengan pelbagai cabaran kehidupan ada sebahagian daripada rakyat pula berhadapan dengan bencana banjir yang sudah semestinya menambahkan beban mereka.

“Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memaklumkan tentang kesulitan dialami sejumlah penduduk di Ampangan, Negeri Sembilan akibat banjir kilat melanda kawasan mereka.

“Saya difahamkan bukan penduduk di Ampangan sahaja berdepan situasi tersebut, terdapat kawasan luar dan pinggir bandar di seluruh negara turut berdepan permasalahan sama,” katanya

“Dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil dan kos sara hidup semakin tinggi, bencana banjir kilat menambah derita rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga menggesa langkah proaktif dilakukan di kawasan tersebut memandangkan banjir ini bukan kali pertama terjadi.

“Terpaksa berdepan bencana banjir sebanyak dua kali hanya dalam tempoh beberapa bulan tentunya amat menyukarkan kehidupan mereka.

“Pernah dilanda banjir pada Disember 2021 dan beberapa hari lalu kediaman mereka sekali lagi dinaiki air sehingga menyebabkan kerugian harta benda.

“Pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu banjir di kawasan-kawasan terlibat perlu bertindak segera untuk menyelesaikan permasalahan tersebut,” ujar beliau. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru