Friday, July 1, 2022

Diskaun harga gas memasak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia mempertimbangkan untuk memberi diskaun harga gas asli cecair (LPG) bagi isi rumah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia menerusi rundingan dengan pengeluar silinder untuk harga silinder lebih rendah.

Bagaimanapun, katanya walaupun Sarawak dapat mengawal pengagihan gas termasuk LPG di bawah Ordinan Pengagihan Gas, LPG merupakan barang terkawal dan harganya tetap untuk seluruh Malaysia di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Harga LPG isi rumah telah pun disubsidi sehingga 50 peratus Kerajaan Persekutuan.

“Harga terkawal semasa untuk silinder LPG berisi 14 kilogram pada RM26.60 (RM1.90/kg berbanding harga pasaran kira-kira RM4.20/ kg atau RM59.80/14kg),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dun di sini, kelmarin.

Abang Johari menambah Kerajaan GPS akan terus melindungi kepentingan pengguna gas melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi untuk memastikan keselamatan bekalan dan harga yang saksama di seluruh Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru