Tuesday, September 27, 2022

Tiada mayat dalam perut buaya dibedah, hanya sampah sarap

Secara Rawak

KUCHING: Hanya sampah sarap termasuk beg plastik ditemui dalam perut buaya yang dibedah.

Hasil pembedahan perut buaya berkenaan  tidak menemui rangka manusia atau anggota badan dalam perut buaya berkenaan.

Justeru, menurut  Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Yusri Basri, ini kerana buaya terbabit dipercayai tidak berkaitan dengan kes serangan terhadap seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Nyabut, Telaga Air pada Sabtu lepas.

“Operasi pembedahan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) bermula pada pukul 9 pagi tadi setelah buaya yang ditangkap semalam dibawa ke jambatan nombor tiga Sungai Nyabut dan proses berkenaan selesai kira-kira pukul 10 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, bomba dan SFC hanya menemui sampah sarap termasuk beg plastik dalam perut buaya itu.

Buaya sepanjang 14 kaki dengan berat lebih 800 kilogram  itu ditangkap pada pukul 6.30 petang kira-kira 400 meter dari lokasi Mohammad Adammi diserang dan hilang dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru