Friday, August 12, 2022

Sarawak mampu belanja RM1 bilion sebulan untuk pembangunan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak mampu mengeluarkan RM1 bilion sebulan bagi tujuan pembangunan sekali gus menggambarkan kedudukan kewangannya yang kukuh.

Demikian ditegaskan Timbalan Premier Datuk Sri Dr Sim Kui Hian di DUN semalam mengulangi kenyataan Premier Sarawak Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg pada akhir Okt 2021.

Kata beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mungkin telah menyelesaikan semua projek infrastruktur, air dan elektrik sekarang jika ADUN Bawang Assan yang juga Menteri Kewangan Kedua selama 15 tahun memperkenalkan cukai jualan negeri (SST) ke atas petroleum dan produk petroleum.

“Ahli Yang Berhormat bagi Bawang Assan ialah Menteri Kewangan Kedua Sarawak selama 15 tahun dari 2004 hingga 2019,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya.

“Malahan, kita mungkin sudah separuh jalan mencapai Dana Berdaulat trilion dolar Amerika Syarikat seperti Norway,” katanya lagi.

Dr Sim menyatakan bahawa DAP Sarawak juga perlu memohon maaf kepada rakyat negeri ini kerana pernah menyatakan Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun.

“Bukan saja Sarawak tidak bangkrap, tetapi semakin kukuh dari segi kewangan,” jelasnya.

“DAP Sarawak, jika anda terlalu takut akan boss anda di Semenanjung Malaysia, bagaimanakah anda dapat melindungi Sarawak, apatah lagi untuk memperjuangkan haknya,” tegas Adun Batu Kawa itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru