Tuesday, August 16, 2022

Sarawak bangunkan sektor perlombongan

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 13 pelan tindakan utama dan 59 sub-pelan tindakan bakal dilaksanakan mulai tahun ini sehingga 2030 bagi mencapai inisiatif membangunkan sektor perlombongan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia susulan Kerajaan Sarawak melihat kemampuan sektor perlombongan untuk dibangunkan sebagai salah satu sektor ekonomi utama yang boleh membawa kemakmuran kepada rakyat Sarawak.

“Sementara melalui Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 203 (PCDS2030) ditetapkan tiga inisiatif utama untuk memacu industri ini merangkumi memperkukuh Pihak Berkuasa Pengurusan Mineral Negeri (SMMA) dan pembaharuan dasar perlombongan serta rangka kerja kawal selia.

“Di samping membangunkan pemetaan geologi dan memperkemas aktiviti perlombongan, mempergiatkan aktiviti hiliran dan mereka bentuk model perniagaan,” katanya.

Awang Tengah yang juga Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sebagai langkah permulaan, Kerajaan Sarawak telah meluluskan penubuhan Bahagian Sumber Mineral dan Geosains di Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada 22 Februari 2022.

“Bahagian ini akan memberi fokus kepada pembangunan sektor ini di samping memastikan pelaksanaan pelan-pelan tindakan yang telah disediakan,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan turut meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk melaksanakan kajian keberadaan sumber mineral di kawasan seluas lebih kurang 26,164.22 kilometer persegi atau 2,616,422 hektar yang belum diteroka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru