Friday, August 12, 2022

RM23 bil pelaburan, 117 projek masuk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak terus menjadi  lokasi pilihan pelabur apabila berjaya menarik pelaburan bernilai RM23.17 bilion.

Menurut  Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ini membabitkan 117 projek ketika negeri ini berdepan ancaman pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Jelasnya , kesemua pakej pelaburan itu dijangka akan mewujudkan lebih 11,000 peluang pekerjaan.

Katanya, sebanyak RM16.08 bilion diluluskan pada 2020 manakala RM7.09 bilion diluluskan pada tahun lepas.

“Beberapa projek utama juga telah diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) dan Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian (ICC) Negeri,” katanya dalam ucapan penggulungan  ketika menyampaikan penggulungan bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) di DUN, hari ini.

“Projek di bawah ICA adalah Produk Logam Asas (2020) yang bernilai RM13.8 bilion, Produk Elektrik dan Elektronik (2021) bernilai RM4.2 bilion dan Bahan Kimia dan Produk Kimia (2021) bernilai RM1.4 bilion,”katanya lagi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru