Sunday, June 26, 2022

Lelaki warga asing dipercayai maut gantung diri di Depot Imigresen

Secara Rawak

SERIAN: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai akibat menggantung diri ketika berada di Depot Tahanan Imigresen, kira-kira jam 3.55 pagi tadi.

Mangsa berusia 29 tahun itu dilaporkan pada awalnya didapati tidak sedarkan diri sebelum laporan polis dibuat bagi menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, hasil pemeriksaan awal mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai telah membunuh diri dengan cara menggantung diri.

“Walaubagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan siasatan lanjut punca kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru