Tuesday, September 27, 2022

273 doktor di Sarawak letak jawatan

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 273 orang doktor telah meletak jawatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dalam tempoh lebih empat tahun.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, mereka terdiri daripada 75 doktor pelatih, 129 pegawai perubatan dan 69 doktor pakar.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Satok Datuk Ibrahim Baki pada persidangan DUN semalam.

“Untuk melihat budaya kerja dan pengurusan kakitangan penjagaan kesihatan, Kementerian Kesihatan baru-baru ini telah menubuhkan pasukan petugas iaitu Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) ” katanya.

Menteri Keishatan Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas itu pada 13 Mei lalu.

Untuk rekod, pasukan itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Professor Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir.

Ia juga akan dianggotai kumpulan pakar yang terdiri daripada lapan individu yang profesional dan pakar dalam bidang masing-masing.

Mereka ialah Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara, Hamidah Naziadin; Pro-Naib Canselor, Akademik dan Profesor Pediatrik di Fakulti Perubatan dan Kesihatan IMU, Prof Dr Zabidi A. M. Hussin; Peguam, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla; Pakar Perunding Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok dari Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin; Ketua Pegawai Eksekutif IMU Healthcare, Dr Chong Su-Lin, Aktivis; dan wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Manvir Victor; Pakar penilaian,membangun dan melatih CEO, eksekutif dan pemimpin berpotensi tinggi, Sivaramakrishnan Balasubramanian dan wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pasukan petugas khas bebas itu antara lain berperanan membuat analisa dan penilaian budaya kerja, pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan, secara umum dan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru