Tuesday, August 16, 2022

Tingkatkan kuasa beli rakyat

Secara Rawak

KAPIT: Program Jualan Malaysia (PJM) yang diadakan selama dua hari secara serentak di Song dan Kapit pada (Sabtu dan Ahad) berjaya meningkatkan kuasa beli rakyat dengan menawarkan keperluan harian pada harga lebih murah.

Bahagian Kapit telah dipilih menjadi lokasi PJM kali ini sempena Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun kelak dengan tujuan memberi peluang kepada masyarakat setempat berbelanja dengan jualan harga murah daripada biasa.

Penganjuran kali ini juga tidak terhad kepada kepada barangan keperluan harian sahaja, malah terdapat juga gerai aksesori, pakaian dan hiasan dalaman.

PJM merupakan sebahagian daripada usaha pemulihan ekonomi kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan industri perkhidmatan berteraskan konsep 3R iaitu pemulihan, menghidupkan semula dan merancakkan.

Konsep 3R ini juga dijangka berupaya menjana dan menyumbang kepada sasaran nilai jualan PJM sebanyak RM500 billion menjelang akhir tahun ini.

KPDNHEP pada masa yang sama turut meminta orang ramai yang melihat salah laku peniaga untuk melaporkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

Laporan boleh dibuat di pelbagai saluran antaranya melalui Whatsapp (019-279 4317 / 019-848 8000), portal eaduan.kpdnhep@ gov.my, Pusat Panggilan 1 800 886 800, emel: e-aduan@kpdnhep@gov.my, applikasi Ez ADU KPDNHEP atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC); 03-882 6088/6245.

PJM di Kapit dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau turut mengadakan sesi kunjungan mesra PJM “Rancak Hari Gawai” di pekarangan Dewan Suarah Kapit.

Selesai kunjungan mesra itu, Nanta merasmikan pembukaan Pasar Raya Keluarga yang baharu dibuka di bandar Kapit.

Pasar Raya Keluarga menawarkan pilihan kepada warga Kapit untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan dan murah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) yang juga Adun Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, Adun Pelagus Wilson Nyabong Ijang, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof dan Pegawai Daerah Kapit Cerisologo Sabut turut hadir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru