Saturday, June 25, 2022

Sarawak import 145,468 tan metrik beras

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan mengimport sebanyak 145,468 tan metrik beras bernilai RM387 juta pada tahun lalu bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata pengeluaran semasa beras hanya dapat memenuhi 38 peratus daripada keperluan di negeri ini.

“Justeru bagi memenuhi keperluan, Sarawak terpaksa mengimport 145,468 tan metrik beras pada 2021 yang bernilai RM387 juta,” katanya.

Adun Kemena itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dun Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, tahap sara diri yang rendah (SSL) telah menjejaskan keselamatan makanan semasa di Sarawak.

Terdahulu beliau menyatakan kawasan tanaman padi berkurang dengan ketara.

“Pada 2012, Sarawak mempunyai 130,000 hektar sawah padi, namun pada tahun lalu hanya tinggal 83,000 hektar.

“Oleh itu, jumlah beras yang dihasilkan juga telah merudum daripada 142,000 tan metrik pada 2012 kepada kira-kira 89,400 tan metrik pada 2021,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru