Sunday, June 26, 2022

Mendebarkan, lelaki selamatkan kanak-kanak jatuh bergayut di tingkat lapan

Secara Rawak

Tindakan lelaki yang sanggup memanjat bangunan setinggi lapan tingkat untuk menyelamatkan kanak-kanak yang bergantung di tingkap mendapat pujian ramai khususnya netizen media sosial.

Kumpulan Good News Movement menyiarkan rakaman insiden itu di Instagram.

Menurut mereka, lelaki tersebut Sabit Shontakbaev dalam perjalanan ke pejabatnya bersama-sama seorang rakannya apabila dia melihat kanak-kanak kecil yang bergantung dari tingkap di tingkat 8 sebuah bangunan.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memanjat bangunan tersebut menyelamatkannya.

Tindakannya dirakam oleh orang ramai yang melihatnya dari bawah bangunan yang kemudiannya dikongsi di media sosial dan menjadi tular serta-merta.

Menurut maklumat, kanak-kanak berusia 3 tahun itu menggunakan kusyen dan barang mainannya memanjat keluar tingkap.

Ketika kejadian ibunya dikatakan keluar rumah membeli barang keperluan.

Sabit memberitahu dia dibantu rakannya naik ke beranda tingkat satu sebelum memanjat tingkap menuju tingkat atas.

Malah, Sabit menegaskan dia bukan wira dan dengan rendah hati meninggalkan tempat kejadian kerana dia lewat ke tempat kerja.

Dalam perkembangan terbaru Sabit yang mempunyai empat anak dianugerahkan pingat oleh timbalan menteri kecemasan bandar itu, selain dihadiahkan pangsapuri tiga bilik dan televisyen.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru