Saturday, June 25, 2022

Masih wujud pencapaian wanita berbanding lelaki di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Masih wujud  jurang pencapaian wanita berbanding lelaki di Sarawak terutama membabitkan domain penguasaan politik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

“Domain penguasaan politik iaitu sekitar 0.120 skor, domain peluang dan penyertaan ekonomi merekodkan skor 0.714 manakala domain kesihatan dan kehidupan merekodkan skor 0.947,”  kata Datuk Sri Fatimah Abdullah.

“Sehubungan itu, kementerian telah merangka dan akan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan jurang ini,”katanya  dalam ucapan penggulungan kementeriannya di DUN Sarawak di sini hari ini.

Jelasnya, usaha ini penting bagi memastikan wanita dapat menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi Sarawak.

Beliau berkata pencapaian wanita di negeri ini dalam subindeks pendidikan mencatatkan skor lebih tinggi berbanding lelaki.

Jelasnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih Malaysia 2021.

Katanya lagi, ‘kehebatan’ wanita Sarawak dalam sub berkenaan selaras dengan pencapaian di peringkat kebangsaan yang memperlihatkan wanita melebihi lelaki dalam subindeks berkenaan dengan skor 1.059.

“Bagi Sarawak, pencapaian wanita dalam sub ini mencatat skor 1.071 yang mana skor 1.0 menunjukkan aras pencapaian kesaksamaan (peluang dan penyertaan) antara wanita dan lelaki.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru