Sunday, June 26, 2022

Kereta tenggelam gara-gara salah parkir

Secara Rawak

BORTH Y GES: Seorang pelancong mengalami kerugian selepas keretanya ditenggelami air, gara-gara tersilap tempat parkir di sebuah pelabuhan di Borth y Ges, Wales Utara baru-baru ini.

Menurut laporan, pemilik kereta itu yang dikatakan sampai di pelabuhan itu sebelum air pasang diberi amaran agar tidak memparkir keretanya berdekatan pelabuhan tersebut.

Gara-gara tidak mengendahkan nasihat tersebut, lelaki itu akhirnya gigit jari apabila keretanya ditenggelami air selepas air pasang.

Lebih menyedihkan, orang ramai kemudiannya mula berkumpul di kawasan itu untuk menyaksikan kereta itu tenggelam.

Menurut TimesNow, kereta itu mengambil masa 15 minit untuk tenggelam.

Foto: twitter-northwaleslive

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru