Saturday, June 25, 2022

Formula geran khas Sarawak dibincang pada Mesyuarat Khas MA63 akan datang

Secara Rawak

KUCHING: Penyerahan formula bagi menyemak pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan oleh Kerajaan Sarawak akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara yang dikemukakan itu akan dibangkitkan apabila mesyuarat itu diadakan kelak.

“Mesyuarat tersebut akan diteruskan pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

“Apa yang penting, perlu ada komitmen untuk meneruskan perbincangan dalam konteks MA63 berdasarkan perlembagaan undang-undang,” katanya selepas kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, beberapa perkara penting lain turut berjaya diselesaikan melalui majlis mesyuarat terbabit.

Terdahulu,Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak telah meminta agar Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama itu dapat diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, ia supaya formula semakan pemberian khas tersebut termasuk perkara-perkara lain berkaitan dapat dibincang serta dipersetujui secara adil dan saksama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru