Sunday, June 26, 2022

36 mangsa serangan buaya sejak 2015

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak antara negeri di Malaysia yang terkenal dengan ancaman buaya.

Berapakah jumlah mangsa buaya dalam  tempoh lebih tujuh tahun?

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terdapat 36 mangsa kes serangan buaya di negeri ini sejak 2015 hingga Mei 2022.

Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata dalam tempoh tersebut, kes tertinggi  adalah pada tahun lepas, iaitu sebanyak sembilan mangsa dilaporkan.

Katanya, pada 2020 pula, pihaknya menerima lapan laporan kes mangsa diserang buaya.

“Kes tertinggi direkodkan di Bahagian Betong dengan sebanyak sembilan kes dan diikuti Miri dengan lapan kes,”katanya menerusi kenyataan media.

Jelasnya, empat kes dicatatkan di Kuching serta masing-masing di tiga di Samarahan dan Sibu.

Katanya lagi, pada tahun ini  tiga kes membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun maut dibaham buaya di Batu Niah pada Mac serta diikuti dua kes pada bulan ini di Lundu dan Telaga Air.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru