Sunday, June 26, 2022

WTF harap Teakwondo kembali disenaraikan sebagai sukan teras

Secara Rawak

KUCHING: Persatuan Taekwondo Malaysia Sarawak (WTF) memohon status sukan Taekwondo yang disingkir daripada senarai sukan teras untuk dikaji semula ekoran pencapaian cemerlang pada Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Goyang, Korea.

Kejohanan bulan ini menyaksikan berjaya meraih satu pingat perak dan dua pingat gangsa, sekali gus mencipta sejarah baru untuk Malaysia dalam sukan Taekwondo Poomsae.

Tidak ketinggalan semasa Sukan Asia Tenggara di Hanoi baru-baru ini, pasukan Taekwondo dengan jumlah atlet seramai sembilan orang telah berjaya meraih satu pingat emas, satu pingat perak, dan
Tiga pingat gangsa.

Untuk rekod, pencapaian pingat emas dalam sukan Taekwondo Kyorugi ini merupakan pingat emas pertama diluar Malaysia sejak 17 tahun yang lepas.

Presiden WTF, Azizul Annuar Adenan berkata, beliau berharap Menteri Belia dan Sukan (KBS) akan membantu badan induk berkenaan untuk menilai semula keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pengguguran sukan tersebut daripada senarai sukan teras.

“Pengguguran pada 12 Disember 2017 melalui media itu dilakukan tanpa sebarang notis atau surat rasmi kepada pihak persatuan termasuk WTF sehingga kini,” katanya kepada media pada Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak, hari ini.

Menurutnya,pihak Taekwondo sehingga hari ini langsung tidak diberi peluang dan ruang untuk berbincang mengenai penguguran sukan Taekwondo walaupun pihaknya telah berulang kali berhubung dengan pihak KBS sebelum ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru