Sunday, June 26, 2022

Tiga kategori 1,020 sekolah daif di Sarawak 

Secara Rawak

KUCHING: Daripada 1,020 buah sekolah daif di Sarawak pada tahun 2016, 415 buah di bawah kategori DS3, 210 kategori DS2 dan 395 di bawah kategori DS1, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.

Menurut Datuk Roland Sagah Wee Inn, DS1 merujuk kepada bangunan kayu yang berusia 30-40 tahun yang mengalami kerosakan sekitar 25% dan cuma memerlukan baik pulih minima.

Jelasnya, DS2 pula merujuk kepada bangunan kayu yang berusia 40-50 tahun dan memerlukan baik pulih dan penambahbaikan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Hari Keenam, Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke-19, di sini hari ini.

“DS3 adalah bangunan kayu berusia 50 tahun ke atas yang mengalami kerosakan teruk sekitar 75%,” katanya lagi.

Setakat ini, sebanyak 455 buah sekolah di bawah ketiga-tiga kategori dalam proses dibaik pulih dan dibina semula dan sebanyak 245 projek telah siap sepenuhnya.

Manakala, 565 sekolah daif masih di dalam pertimbangan untuk pembangunan di masa hadapan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru