Saturday, June 25, 2022

Lelaki terselamat setelah jatuh dari bukit di Semuja, Serian

Secara Rawak

SERIAN: Seorang kakitangan Jabatan Tanah dan Survei terselamat selepas terjatuh dari bukit, Belakang Depo Semuja, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 9.53 pagi.

“Mangsa, lelaki, 45, terjatuh akibat tergelincir sewaktu membuat kerja-kerja pengukuran tanah permeter di kawasan tersebut.

“Akibat kejadian itu, kaki mangsa sebelah kanan telah terseliuh dan tidak dapat berjalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi lebih kurang 8 kilometer dan mengambil masa dua jam dengan berjalan kaki.

“Pasukan bomba masuk ke dalam kawasan gunung melalui jalan kebun dan apabila sampai ke di tempat mangsa, anggota EMRS telah membuat perawatan awal dengan memasang alat penyokong pada kaki kanan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa di bawa turun dengan menggunakan pengusung sehingga sampai di ke tempat berhenti.

Jelasnya, mangsa telah di bawa ke Hospital Serian menggunakan jentera EMRS untuk rawatan selanjutnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru