Sunday, June 26, 2022

Lagi ejen judi dalam talian ditahan

Secara Rawak

BAU: Seorang perempuan ditangkap kerana disyaki ejen judi dalam talian di sebuah premis di Jambusan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek, 47, ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira jam 12.30 tengah hari menerusi Op Dadu.

“Suspek disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

“Polis turut merampas seunit telefon pintar, sekeping kad sim dan wang tunai daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada rekod kesalahan lampau dikesan terhadap suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya.

Katanya, kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru