Sunday, June 26, 2022

Kes jenayah di Miri turun 54 peratus

Secara Rawak

MIRI: Kes jenayah indeks di Daerah Miri menurun sebanyak 54 peratus pada Januari hingga April ini berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, sebanyak 125 kes dicatatkan pada tahun ini berbanding 269 kes pada tahun 2021.

Katanya, jenayah kekerasan mencatatkan penurunan 40 kes iaitu 26 kes berbanding 66 kes pada tahun 2021.

Manakala, beliau berkata, kes jenayah harta benda menurun kepada 56 peratus iaitu 99 kes berbanding 203 kes pada tahun sebelumnya.

Bagi statistik jenayah komersial, katanya, ia menunjukkan bilangan kes tipu merekodkan peningkatan dengan nilai kerugian sebanyak RM2.53 juta pada tahun 2022 berbanding tahun 2021 iaitu sengan nilai kerugian sebanyak RM2.18 juta.

“Perbandingan atau peningkatan nilai kerugian adalah sebanyak RM353,915 atau peningkatan 16.22 peratus,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Miri, di IPD Miri, di sini hari ini.

Sementara, Alexson berkata, kes kemalangan jalan raya di daerah ini meningkat sebanyak 23.4 peratus.

Katanya, sebanyak 732 kes dicatatkan pada Januari hingga April tahun ini berbanding 593 kes pada tahun 2021.

“Ini adalah berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya pada tahun ini berbanding tempoh PKP yang lepas,” jelasnya.

Bagi kes narkotik, katanya, perbandingan kes untuk bekalan dadah menunjukkan penurunan 24 peratus iaitu 17 bekalan pada tahun ini berbanding 50 bekalan pada tahun lepas.

“Sementara bagi kes memiliki pula menunjukkan penurunan sebanyak 29 kes sahaja pada tahun 2022 berbanding 51 kes pada tempoh sebelumnya.

“Bagi pemeriksaan air kencing pula mendapati sebanyak 389 kes positif pada tahun 2021 dan ini menunjukkan penurunan kepada 178 kes pada tahun 2022 dalam tempoh yang sama,” ujarnya.

Pada majlis itu, Alexson turut menyampaikan sijil kepada 29 pegawai dan anggota polis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru