Friday, July 1, 2022

Etika pakaian di premis kerajaan: Zahid bidas pemimpin DAP

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  kesal dengan tindakan ahli parlimen pembangkang yang mengkritik etika berpakaian untuk orang awam berurusan di premis jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut beliau, tidak sepatutnya perkara seperti itu dipersoalkan seolah-olah menjadi perihal yang amat membebankan rakyat.

“Cuba menimbulkan persepsi berkaitan etika berpakaian semasa berurusan dengan jabatan atau agensi kerajaan dengan isu kaum sangat melampau.

“Saya berharap para penjawat awam tidak terkesan langsung dengan pandangan Ahli Parlimen pembangkang tersebut,” katanya di Facebook.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama sejak dulu memahami konsep kesopanan dan kesusilaan yang merupakan sebahagian daripada Rukun Negara.

“Semua mengerti pakaian yang sopan dan susila tidaklah bererti pakaian yang berharga mahal atau cantik belaka.

“Mahu mengaitkan etika berpakaian sebagai membebankan golongan miskin atau etnik tertentu adalah dangkal dan berlebihan,” ujarnya.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbudi pekerti selari dengan nilai tinggi kesopanan budayanya,” ujar beliau.

Sebelum ini seorang ahli Parlimen DAP  menyuarakan bantahan tindakan beberapa agensi perkhidmatan kerajaan yang dikatakan cuba menetapkan kod pakaian kepada orang awam yang mahu datang menyelesaikan urusan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru