Saturday, June 25, 2022

Dana Pendidikan Barbara Mendu Bay

Secara Rawak

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), bersama Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) menubuhkan dana pendidikan dipanggil Dana Pendidikan Barbara Mendu Bay.

Ketika berkata demikian, Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata ini sebagai penghargaan kepada hasil kerja Barbara Mendu Bay terhadap masyarakat Bumiputera.

“Di sini kami meraikan kaum yang pelbagai kerana menjadi parti yang berbilang kaum dan Barbara Mendu Bay ialah salah seorang ahli pengasas SUPP, dan beliau ialah presiden pertama SIDS.

“Bersama-sama dengan SIDS, kami menubuhkan tabung pendidikan atas namanya dan telah mengumpul RM100,000 daripada perwakilan kami (SUPP) untuk dana itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) di dewan Sa’ati di Ibu Pejabat SUPP, di sini, kelmarin.

Terdahulu, Presiden SIDS Datuk Ir Alice Jawan berkata pendidikan itu akan digunakan untuk membantu anak Sarakup dan anak Dayak yang akan memasuki sekolah menengah, matrikulasi atau universiti.

“Barbara ketika itu adalah ahli SUPP, sebab itu saya juga bercakap dengan Dr Sim untuk meminta parti tersebut menyokong dana ini, dan beliau bersetuju dengan perkara itu,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru