Friday, July 1, 2022

Berebut kunci, wanita ditembak sembilan kali

Secara Rawak

SAGINAW: Semasa satu perbicaraan di mahkamah Saginaw County (Michigan) seorang wanita yang menjadi mangsa tembakan menceritakan punca dia ditembak sebanyak sembilan kali dalam insiden 11 November 2021.

Menurut wanita tersebut, suspek yang merupakan rakan mangsa dikenali sebagai Cortez L. Gill, 29, menembaknya secara tidak sengaja untuk kali pertama.

Namun dia kemudiannya dikatakan bertindak melepaskan tembakan sebanyak lapan kali lagi menyebabkan mangsa dan anaknya melarikan diri ke luar rumah.

Wanita itu memberitahu insiden itu tercetus selepas dia dan Cortez berebut kunci kereta.

Cortez dikatakan mengeluarkan pistol yang kemudiannya diletakkannya di lantai.

“Tiba-tiba pistol itu meletus dan peluru mengenai bahagian perut saya.

“Saya beritahu Cortez, saya terkena tembakan. Anda perlu hubungi polis atau bawa saya ke hospital segera,” katanya seperti dipetik MLive.

Sebaliknya Gill menjawab, Anda nampak apa yang anda telah buat pada saya?” dan menembaknya sekali lagi pada bahagian dadanya.

Dia dan anak perempuannya berlari keluar dari rumah, dan mangsa kemudian rebah di laman rumah jiran.

Wanita itu dikejarkan ke hospital dan keadaannya kritikal.

Polis menahan Cortez menggunakan bantuan media sosial.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru