Friday, July 1, 2022

Bakal jemaah haji disaran ambil dos penggalak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan yang berisiko.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji:

✔️ Perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas.

✔️ Mengesyorkan pengambilan dos penggalak.

Oleh itu, KKM menyarankan jemaah berusia 60 tahun ke atas supaya mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Juga bagi jemaah berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk.

Bagi jemaah berusia 12 tahun hingga 18 tahun, dos penggalak perlu diambil dengan syarat melengkapkan dua dos primer sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan yang lalu.

“Bagi remaja yang telah lengkap mengambil dos primer dan didapati mengalami jangkitan Covid-19, mereka layak menerima dos penggalak sebaik sahaja pulih sepenuhnya,” katanya.

“Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan seperti bukti surat tawaran menunaikan haji,” kata KKM.

Bagi musim haji tahun 1443 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua  tahun ia ditangguhkan akibat pendemik Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru