Saturday, June 25, 2022

490 guru di Sarawak bersara awal dalam tiga tahun

Secara Rawak

KUCHING:  Sebanyak 490 orang guru  mengambil keputusan untuk bersara awal dalam tempoh tiga tahun lalu, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.

Namun menurut Datuk Roland Sagah Wee Inn  jumlah berkenaan kurang daripada satu peratus daripada jumlah guru yang berkhidmat di Sarawak.

Memperincikan angka berkenaan, beliau berkata 138 guru mengambil keputusan untuk bersara awal pada 2019, manakala pada 2020 sebanyak 164 dan 188  orang pada 2021.

“Sebab utama persaraan awal mereka ialah kesihatan, ada yang telah mengajar selama lebih 30 tahun dan memutuskan untuk beralih ke bidang baharu, dan ada yang mahu memberi tumpuan kepada keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Katanya, kerajaan negeri telah mengemukakan beberapa syor dan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, dan ada beberapa cadangan itu telah diterima kementerian terbabit termasuk pengambilan guru secara one-off pada 2021.

Untuk rekod, 2,393 guru diambil untuk Sarawak, dengan 766 daripadanya adalah anak Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru