Wednesday, June 29, 2022

Wanita 71 tahun, anak 35 tahun ditemui tergantung di dalam rumah

Secara Rawak

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemui mati semalam di dalam sebuah rumah di Rawang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Gombak Zainal Mohamed Mohamed, wanita tersebut, 71, dan anaknya, 35, kedua-duanya warga tempatan, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, tergantung di dalam rumah terbabit yang terletak di Kampung Baru Kundang. 

Zainal berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.17 pagi dan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan, katanya.

“Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barang-barang peribadi milik kedua-dua mereka seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di tempat kejadian,” katanya seperti dipetik Bernama.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk  bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai Kes mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi,” kata Zainal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru