Friday, July 1, 2022

Seluruh bandar lumpuh selepas kerani letak jawatan

Secara Rawak

PASSADUMKEAG: Insiden berlaku di bandar Passadumkeag, Maine menyebabkan penduduk di situ dilanda kebuntuan.

Ia membabitkan wanita bernama Christen Bouchard yang bertugas sebagai kerani bandar Passadumkeag yang menjawat jawatan tersebut pada September 2020.

Tugas pertamanya mengawasi pilihan raya November 2020, menurut Bangor Daily News.

Dia juga memegang jawatan sebagai timbalan bendahari dan bertanggungjawab menjaga serta mengurus lesen haiwan peliharaan, mendaftarkan kenderaan, menyelenggara pelbagai rekod penting dan berhubung dengan Jabatan Perikanan Darat dan Hidupan Liar negeri untuk bandar Passadumkeag.

Namun pada 7 April lalu, selepas lembaga yang bertanggungjawab ke atas pengurusan bandar itu enggan memberinya cuti dua minggu kerana tiada sesiapa dapat mengambil alih tugas semasa ketiadaannya.

Bouchard bertindak meletak jawatan serta-merta, kata Bangor Daily New.

Gara-gara peletakan jawatannya, bandar itu tidak boleh mengeluarkan pendaftaran kenderaan, memeriksa rumah atau perniagaan, menilai harta benda atau bertindak balas terhadap laporan masalah haiwan ,” kata Newsweek dalam satu laporan.

Semakan Google yang disiarkan Pejabat Bandaran pada 19 April memaklumkan: “Sehingga 21 April 2022, tidak ada kerani mengisi jawatan di bandar Passadumkeag. Ini bermakna pejabat ditutup sehingga diberitahu kelak.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru