Wednesday, June 29, 2022

SAR kanak-kanak dibaham buaya bersambung hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang dibaham buaya di Kampung Nyabut, Telaga Air, di sini ditangguh hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi yang memasuki hari kedua semalam ditangguhkan pada jam 5 petang.

Terdahulu, kejadian menimpa mangsa berumur 7 tahun itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi Sabtu.

Mangsa pada ketika itu bersama nenek dan kakaknya mengambil air di sungai.

Menurut Saksi, mangsa dimaklumkan tidak timbul dan terus hilang di dalam air setelah kejadian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru