Friday, July 1, 2022

Kanak-kanak 2 tahun guna telefon ibu beli 31 biji burger

Secara Rawak

WASHINGTON: Gara-gara membiarkan telefon bimbitnya tidak berkunci dengan kata laluan, seorang wanita terkedu selepas mendapat tahu anak kecilnya yang baru berusia 2 tahun menggunakannya untuk memesan 31 burger keju McDonald’s.

Menurut Kelsey Golden, dia sibuk bekerja menggunakan komputer ribanya apabila anaknya Barrett, mengambil telefon bimbitnya, menggunakan aplikasi DoorDash untuk memesan burger McDonald’s.

Dia tidak sedar tindakan anaknya itu sehingga penghantar makanan muncul di pintunya membawa 31 burger.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak menghabiskan semuanya, dia hanya makan separuh daripada satu burgernya,” kata Golden kepada KRIS-TV.

“Jadi saya mengeluarkan kisahnya di laman komuniti kami di Facebook untuk bertanya jika ada sesiapa mahukannya.”

Catatan Facebook Golden mencetuskan minat penduduk sekitar dan beberapa jiran singgah di rumahnya untuk mendapatkan burger percuma.

Menurut Golden, burger keju itu berharga RM270.27 (AS$61) dan Barrett memberi tip RM70.22 (AS$16) menjadikan jumlah keseluruhannya RM402 (AS$91.70).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru